Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA PERPADUAN DAN KRT TAMAN SERI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018

Sambutan ini bertujuan untuk menyambut Hari Kemerderkaan Bersama Kanak-Kanak Tadika Perpaduan Taman Seri Mahkota Jaya dan KRT Taman Seri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

PAMERAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Pihak PI dijemput untuk mengadakan pameran di SK Balok sempena Pogram Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Pahang...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TANJUNG LUMPUR

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2018

Program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tg Lumpur dengan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL USAHAWAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program Advokasi ini telah berlangsung pada 21/07/2018 (Sabtu) di Kuantan Parade bersempena dengan Karnival Usahawan Pahang Vol. 2 yang mana melibatkan ramai usahawan tempatan dan setiap hasil jualan mereka sedikit sebanyak akan disumbangkan kepada persatuan kanak-kanak autism daerah Kuantan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

PROGRAM UKHWAH DI AIDIL FITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Aktiviti ini adalah untuk mengadakan Jamuan hari raya, ianya terbuka kepada semua pengunjung Pusat Internet dan mengeratkan silaturahim antara Ahli PI dan penduduk setempat....baca selanjutnya

PROGRAM UKHWAH DI BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan ICT dan membantu pelajar mengetahui cara mencari maklumat dengan menggunakan Google Search dan membuat peta minda (Mind Map)...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR 1, FELDA BUKIT SAGU, KG PANDAN, SERI MAHKOTA JAYA & PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir 1, Felda Bukit Sagu, Kg Pandan, Seri Mahkota Jaya & PAKR Panching diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA TADIKA PERPADUAN TAMAN SERI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Pihak PI1M Sri Mahkota Jaya telah mengadakan aktiviti mewarna online dan puzzle games untuk pelajar tadika...baca selanjutnya

TEKA SILANG KATA KDB & POWERPOINT GEOGRAFI MENARIK

Aktiviti Terkini | 25 March 2018

Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli Pi1M untuk menarik minat ahli dan bukan ahli dan juga pendedahan KDB melalui game teka silang kata....baca selanjutnya

EDUCATION GAMES CONTEST

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Pertandingan ini dilakukan bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli PI1M dan mengeratkan hubungan diantara Staff Pi1M dengan ahli-ahli Pi1M ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti