Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Taman Sri Mahkota Jaya telah dibina dan dibangunkan oleh Pasir Putih Develoment pada tahun 1990 dan telah mula didiami pada tahun 1994 dengan penduduk seramai 2500 orang (281 pintu yang berpenghuni). Kebanyakan penduduk yang menetap di Taman Sri Mahkota Jaya terdiri daripada pesara-pesara Tentera dan Polis yang beragama Islam dan 99.9% adalah orang melayu yang beragama Islam dan hanya satu keluarga sahaja yang beragama Hindu. Di atas usaha dan kerjasama Pemimpin Masyarakat Taman bagi memudahkan aktiviti ibadah keagamaan dilaksanakan, sebuah surau dibina pada tahun 1995 dan surau itu diberi nama SURAU TAUFIQIAH. Dengan kekuatan perpaduan muafakat masyarakat di taman ini yang bergerak aktif, UMNO Bahagian Paya Besar telah membina sebuah balai raya bagi kemudahan masyarakat taman ini melaksanakan aktiviti harian dan program yang dianjurkan Rukun Tetangga. Dari segi pendidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mendirikan sebuah Tabika untuk pelajar pra-sekolah dan Pusat Rukun Tetangga turut didirikan di taman ini. Taman Sri Mahkota Jaya Batu 11 Jalan Gambang ini adalah sebuah kawasan di Zon C dan diletakkan di bawah pentadbiran N18 Lepar, UMNO Bahagian Paya Besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Petrosains

Aktiviti Terkini | 25 - 27 November 2016

Pihak pengurusan PI1M diberi peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran pihak Petrosains. Tujuan aktiviti ini disertai adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia, program E-waste & Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung...baca selanjutnya

AKTIVITI MENGHIAS PI1M DENGAN JALUR GEMILANG

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menaikkan semangat kemerdekaan dan menghargai hari kemerdekaan di kalangan pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD KREATIF

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2016

Pertandingan ini bertujuan untuk melatih ahli supaya lebih mahir menggunakan komputer dan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI GURU KREATIF

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Pertandingan ini melatih pelajar supaya lebih kreatif dan mahir menggunakan komputer...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
(PI1M) SRI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Hari Perasmian ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet Sri Mahkota Jaya kepada penduduk sekitar dengan mengadakan pelbagai aktiviti...baca selanjutnya

Program Latihan Staf PI1M (Penolong Pengurus)

Aktiviti Terkini | 23-24 Mac 2016

Latihan diberikan kepada staf PI1M sendiri untuk memberi pendedahan tentang cara menguruskan PI1M...baca selanjutnya

MESYUARAT BERSAMA KRT TAMAN MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Mesyuarat ini diadakan untuk melantik organisasi Pi1M supaya lebin teratur dan mudah mencari perujuk...baca selanjutnya

BACAAN YASSIN ,KUIZ LET’ZHOP & KDB

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2016

Mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat dengan kakitangan PI1M serta belajar sambil bermain...baca selanjutnya

LAWATAN DR MAZLAN

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2016

Dr Mazlan membuat lawatan ke PI1M untuk melihat PI1M beroperasi dan melihat bagaimana PI1M memberi kemudahan kepada komuniti di Taman Sri Mahkota Jaya...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya